OH, ROMEO…!



Dari manakah hendak aku mulakan kisah sedihku ini? Masih ada lagikah insan yang sudi untuk mendengar dan menghayatinya…?
Seperti juga mana-mana insan lain yang baru menginjak ke usia remaja, aku juga tidak terlepas dari permasalahan yang satu ini. Ya, aku pernah jatuh hati kepada si dia yang lebih mesra dipanggil Romeo. Antara kami memang jauh berbeza, kata orang seperti langit dengan bumi, laut dengan daratan. Berdasarkan namanya juga, kalian boleh mengagak bahawa dia terlalu asing bagiku dan bagi sesiapapun. Pertemuan pertama kami memang tidak pernah aku duga. Kotak memoriku masih lagi mampu untuk mengimbau detik-detik manis yang penuh dengan 1001 sejarahnya tersendiri.
Pada suatu petang, aku mengambil keputusan untuk menelaah pelajaranku di Pantai Sri Tujuh yang terkenal dalam kalangan penggemar ketenangan dan pencinta alam itu. Harapanku semoga dengan tiupan bayu pantai yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu dapat merehatkan mindaku untuk seketika waktu. Oleh sebab pantai tersebut dekat dengan kampungku, aku hanya ke pantai dengan berjalan kaki. Setelah puas menikmati panorama alam ciptaan Ilahi itu, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Langit mula beransur kemerah-merahan dan tidak elok bagiku untuk terus berlama-lama di pantai.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, dapat kurasakan ada sesuatu yang mengekoriku. ‘Hantukah?’ bisik hatiku. ‘Ah, tak mungkin, hari masih siang, hantu tak merayau pada waktu siang kecuali ‘hantu’ Pontianak Harum sundal malam aje’, walaupun masih dalam ketakutan namun, aku masih sempat untuk berlelucon seorang diri. Aku memberanikan diriku untuk menoleh ke belakang. Dan… sahlah aku diekori! Dia yang mengekotiku hanya tersenyum simpul memandangku. Argh… bencinya aku, tambahan pula bila aku lihat gaya jalannya seperti baru melepaskan gian. Aku tidak mempedulikannya. Buat apa dikisahkan dia yang tidak aku kenali?
Aku meneruskan perjalananku, namun dia masih mengekoriku. “ Hoi sedara, siapa kau ni hah? Kenapa kau ikut aku? Aku tahulah aku ni cun, tapi kau tiada hak untuk mengekori aku. Are you understand?” dek kerana perasaan marah begitu menghantui diri, aku tercakap Bahasa Omputis. Namun, dia hanya diam, membisu sejuta bahasa. Dari raut wajahnya aku dapat rasakan mungkin dia tersesat jalan dan mengharap ihsanku. Mungkin dia tidak faham bahasaku dan aku pun tidak faham bahasa apakah yang dituturkannya, mungkin bahasa Mexico atau bahasa Filipina, kerana lebih kurang sama seperti bahasa yang digunakan dalam telenovela ‘Sanay Wala Nang Wakas’ yang diminatiku.
Dia mengikutku sehinggalah kami sampai ke rumah. ‘Hadoi…ni yang leceh ni. Mati aku karang kena tibai ngan emakku, walhal aku tak kenal pun melaun ni. Ntah dari mana dia datang pun aku tak tahu’, rungutku seorang diri. Sudahlah emakku tidak suka aku berkawan dengan mereka-mereka yang tak sepatutnya. Namun, sangkaanku meleset. Rupa-rupanya emak menyambut kedatangan Romeo dengan wajah yang penuh ceria tanpa secalitpun perasaan marah hinggakan aku sendiri hairan melihatnya. Setelah Romeo selesai mandi dan menjamu selera dengan ikan bakar yang baru kutahu kemudiannya merupakan makanan kegemarannya, aku lihat Romeo bertambah sihat, mengancam dan bergaya. Terpana seketika aku ketika melihatnya. Senyumannya, waduh… tak lena tidurku. Kehensemannya mengalahkan Ronaldinho mahupun Zinedine Zidane, terutamanya pada matanya yang kuyu.
Setelah 3 minggu berkenalan dengan Romeo, aku mengambil kesempatan untuk meluahkan hasrat hatiku padanya. Usia dan statusku sebagai pelajar bukan penghalang hubungan kami asalkan aku pandai menjaga diri, bisikku.
“Romeo, selama ini aku membenci kaum sejenismu dan ramai yang telah aku kecewakan sehingga mereka tidak berani untuk mendekatiku, but Romeo, dikaulah
yang berjaya mengetuk pintu hati ini untuk… biarlah tercatat dalam sejarah kaulah ‘Romeo’ kedua dan akulah ‘Juliet’ yang menjadi pasanganmu”. Itulah antara bait-bait ayat yang kuSMSkan padanya, dalam malu-malu. Alangkah gembiranya hati ini bila aku dapat tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan. Untuk dipendekkan cerita, aku dan Romeo sentiasa ke mana sahaja bersamanya. Romeo banyak menemaniku ketika aku mengulangkaji pelajaran. Walaupun telah lama berpisah dengan keluarganya, dia tidak pernah bersedih. Mungkin ada rahsianya tersendiri yang terlalu peribadi. Biarlah dia begitu asalkan dia terus dengan sikapnya yang mudah mesra bukan sahaja dengan keluargaku malah dengan orang kampungku juga. Sikapnya itu membuatkan aku bertambah kasih kepadanya.
Suatu hari kulihat Romeo tidak seceria biasa. Puas sudah kuajukan persoalan, tapi dia terus membisu dan membisu. Mungkin Romeo sakit, fikirku lantas aku menemaninya untuk berjumpa doktor. Semasa menunggu teksi di tepi jalan, sapu tanganku yang dibeli di luar negara melayang jatuh ke tengah jalan. Romeo dengan pantasnya berlari untuk mengambilnya. Tiba-tiba kulihat kereta Myvi yang dipandu oleh Mawi meluncur laju. Aku tidak sempat untuk menyelamatkannya dan Romeo… Air mataku menitis laju tanpa menghiraukan orang di sekelilingku. Betapa pilunya hatiku melihat romeo merengek kesakitan dengan darah merah membasahi seluruh tubuhnya. “ Telefon ambulan!!! ” jeritku. Dengan sisa kudrat yang ada dan air mata bercucuran, kuheret Romeo ke bahu jalan dan dia sempat menatap wajahku buat terakhir kali. ROMEO !!! Jangan tinggalkan daku !!! Hancur harapanku untuk terus bersamanya. Kau pergi jua Romeo…perginya engkau buat selamanya…pergi yang tak akan kembali lagi. Oh, Romeo… Pilunya hatiku. Ketika aku masih bersedih hati dengan pemergianmu, ada juga hamba Allah yang mengejek dan melemparkan senyuman sinis mereka hanya kerana kau, Romeo. Salahkah aku menangisi pemergianmu? Ketahuilah, hanya kau Romeo… hanya kau yang berjaya menambat hatiku, wahai kucing kesayanganku. Oh, Romeo…

Percayakah kalian……?

 Moral :
Kejar cita-cita, sebelum menghambat cinta. Kerana cinta tergadai agama, kerana cinta tecalar maruah, kerana cinta lupa Pencipta, kerana cinta musnah harapan, kerana cinta pelajaran diabaikan. Kerana cinta… kerana cinta…
Setiap yang hidup pasti akan pergi. Sebelum pergi mengadapNya, perkemaskan iman dan taqwa. Hidup ini bukan untuk selamanya.

 Cerpen ini adalah ilham dari Allah dan rekaan penulisnya sahaja. Tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang sudah pergi. Mana yang baik amalkan, dan mana yang kurang jadikan pedoman.

2 comments:

na's said...

hehe..

panat jer ku bace..
cat upenyer

ayman fahym said...

wahaa....
dku reka mse smpat join 6 bwah utk stam hr 2...
risalah PERTINA..
uhu..

.: x Kenal Maka x Cinta :.

My photo
hamba Allah di dunia sementara ni...simple jep,kdg2 buat mnde2 x pkir pnjang pown..huhu.. sper yg knal taw la kn?kn?

My Blog List

peberetku