kerosakan aqidah...(nota)

KEROSAKAN AQIDAH
Perkara-perkara yang merosakkan aqidah mempunyai kaitan dengan zaman, keadaan dan tempat masing-masing berdasarkan perkembangan aqidah, ekonomi masyarakat dan yang paling utama ialah tidak beriman kepada Allah s.w.t yang merupakan satu-satunya tuhan mengikut aqidah yang benar. Bermula dari sini lahirlah penyelewengan dalam pelbagai aspek.
Beriman kepada Allah merupakan punca aqidah benar yang dapat membetulkan segala tindak tanduk manusia secara individu, kumpulan dan masyarakat. Mukmin yang beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah s.w.t dan beriman dengan rukun iman. Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan sekali. Iman ditakrifkan sebagai tasdiq (pembenaran) yang disertakan dengan amal.
Punca berlakunya kerosakan aqidah sebahagian besarnya berpunca daripada sikap mengingkari atau memperolokkan terhadap mana-mana aspek dalam agama yang perlu diamali dan diketahui. Jika berlaku sedemikian, maka orang itu dengan secara terang-terangan telah rosak aqidah atau murtad daripada agamanya.
Berdasarkan pendapat Abu Hassan Ali al-Hasany an-Nadawy, kerosakan aqidah yang berlaku pada zaman ini merupakan satu ancaman besar kepada agama Islam yang suci. Semua muslimin tidak akan terhindar daripada menghadapi permasalahan ini. Ini adalah kerana pengaruh besar yang menyebabkan terpesongnya aqidah datangnya daripada pihak Barat. Barat menyampaikan ideologi mereka berdasarkan kepada penolakan terhadap fahaman keagamaan dan juga pemikiran yang menafikan adanya Allah yang Maha Berkuasa.
Melalui tugasan ini, saya diminta untuk mengupas dan menganalisis permasalahan cabaran umat yang melibatkan kerosakan aqidah seperti kufur, munafik, ‘asi dan murtad. Setelah itu, saya dikehendaki untuk membuat perbezaan antara iman, kufur, munafik, ‘asi dan murtad seperti yang terangkum di dalam halaman seterusnya.


IMAN
Mukmin ialah mereka yang beriman kepada Allah s.w.t dan beriman dengan rukun iman yang enam (beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari kiamat serta qada’ dan qadar). Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan sekali. Iman ditakrifkan sebagai tasdiq (pembenaran) yang disertakan dengan amal. Iman bukanlah cita-cita akan tetapi apa yang ditetapkan di dalam hati dan disertakan dengan amal perbuatan. Dalam perkataan yang lebih mudah, iman ialah membenarkan dengan hati, mengaku dan melafazkannya dengan lisan dan dibuktikan dengan perbuatan.
Tasdiq dan amal merupakan dua perkara yang mempunyai hubungan yang kuat. Apabila tasdiq tidak wujud maka wujudlah amal. Begitu juga sebaliknya. Tasdiq yang dimaksudkan merangkumi seluruh perkara-perkara ghaib yang diceritakan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
Sesiapa yang mendustakan sebahagian dari apa yang diceritakan oleh Allah s.w.t dan RasulNya bererti imannya telah kurang. Sebagai orang yang beriman kepada agama Allah, seseorang individu itu haruslah beriktikad dan meyakini beberapa pokok asas dalam kalimah syahadah ‘’Lailahaillallah Muhammad Rasulullah’.
Perkataan iman seperti yang termaktub di dalam kitab suci al-Quran dan sunnah mempunyai dua pengertian iaitu:
Beriman teguh dengan perintah-perintah yang telah diperintahkan Allah kepada mereka yang membenarkan perkhabaran Allah
Membenarkan khabar Allah s.w.t dan khabar Rasulullah s.a.w

Dalil tentang iman, firman Allah di dalam surah al-Baqarah (257)


KUFUR
Mengikut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah melalui tulisannya dalam kitab “Madarij as-Salikin” yang kemudiannya disusun semula dalam kitab “Manhaj al-Firqah an-Najiyyah” menggariskan pembahagian kufur kepada beberapa bahagian seperti berikut:
Kufur besar
Kufur besar ialah kekufuran yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Ia merupakan kufur iktikad. Orang yang beriktikadkan kufur besar adalah kekal dalam neraka.

Kufur kecil
Kufur kecil merupakan sebahagian dari dosa besar yang disebutkan dalam al-Quran dan sunnah dengan lafaz kufur. Selain itu, ia bertujuan untuk memberi larangan yang amat berat serta menakutkan pelakunya. Namun, kufur kecil tidak sampai mengeluarkannya dari agama Islam.
Kufur jenis ini juga terkenal dengan nama yang diterjemahkan sebagai “kufur tanpa kufur”. Antara contoh kufur kecil ialah:
Kufur nikmat seperti firman Allah terhadap orang-orang yang beriman dari kaum Musa.

Dalil, surah Ibrahim (7)

Kufur amali bermaksud segala amalan maksiat yang disebutkan lafaz kufur terhadapnya tetapi sebenarnya keimanannya adalah tetap wujud di sisinya. Kufur amali ini bertentangan dengan kufur iktiqadi yang mengeluarkan si pembuatnya dari agama Islam.

MUNAFIK /NIFAQ
Nifaq besar
Munafik atau nifaq ialah menzahirkan Islam dengan sebutan lidah tetapi hati dan amalannya berlawanan dengan apa yang disebutkan.

Dalil, surah al-Munafiqun (3)

Definisi tersebut merupakan definisi al-nifaq al-akbar atau kemunafikan yang besar. Nifaq besar ialah kekufuran yang paling besar sekali. Justeru, hukumannya adalah yang paling berat.

Dalil, surah an-Nisa’ (145)

Nifaq kecil
Nifaq kecil ialah nifaq yang bersangkutan dengan amalan tanpa beriktikadkan ke atasnya. Nifaq jenis ini tidaklah sampai mengeluarkan pembuatnya dari agama Islam, tetapi ia termasuk di dalam perbuatan dosa-dosa besar yang amat ditegah

p/s:
sdkit nota dlm smpananku...

2 comments:

Izzuddin Akmal said...

ni esaimen biler nie..hoho

ayman fahym said...

hua2...
nk ltak esemen sem ni kang ko mek lk...hehe...

.: x Kenal Maka x Cinta :.

My photo
hamba Allah di dunia sementara ni...simple jep,kdg2 buat mnde2 x pkir pnjang pown..huhu.. sper yg knal taw la kn?kn?

My Blog List

peberetku