:selamat hari bapa::
ABAH,
u're everything
tiada kata yg mmpu kami ungkapkan
di atas segala pengorbananmu
penat lelahmu membesarkan kami 4 beradik
ABAH,
terkadang mata salah melihat
kata silap mentafsir
tingkah khilaf terlaksana
namun
pabila ditelusuri
terungkap 1001 makna tersembunyi
hanya kita yang mengerti
ABAH,
ampunkan segala kesilapan yang kami telah lakukan
sedar atau tidak
kami anak-anakmu hanya insan biasa
yang masih memerlukan perhatianmu
yang masih mendambakan bimbingan darimu
yang masih mengharap teguran sayangmu
yang masih merindui belaian kasihmu
ABAH,
kau adalah insan yang amat kami kasihi
setulus hati semurni sanubari
pada pandangan hati dan nubari kami
kesabaran,ketabahanmu mengagumkan kami
tanpa keluhan
kau rela berpanas berhujan
kau sanggup berhabisan
demi membesarkan kami
ABAH,
sesungguhnya
pemata hatimu ini
terlalu amat sayang padamu
biarpun terkadang dimarah diherdik
kami sentiasa sayang padamu
kerana
abah adalah abah kami
selamanya...

p/s:
SELAMAT HARI BAPA ABAH...
syg abah...
.: x Kenal Maka x Cinta :.
- ayman fahym
- hamba Allah di dunia sementara ni...simple jep,kdg2 buat mnde2 x pkir pnjang pown..huhu.. sper yg knal taw la kn?kn?


0 comments:
Post a Comment